PRODUK SHAKLEE

Thursday 3 July 2014

Tips Atasi Masalah Sembelit Anak

Bayi yang baru dilahirkan kerap membuang air besar. Adalah normal sekiranya bayi yang berumur antara 0-6 bulan membuang air besar lebih dari lima kali sehari. Kita sebagai ibu bapa, tidak perlulah bimbang.

Semakin meningkat umur anak-anak, seringkali berlaku masalah sembelit. Kebiasaannya berlaku apabila anak tersebut diberikan susu formula dan juga telah mula diperkenalkan dengan solid food ketika berusia 6 bulan ke atas.

Anak-anak yang diberikan susu ibu jarang mengalami masalah sembelit. Sekiranya anak yang hanya diberikan susu ibu itu sembelit, kemungkinan disebabkan oleh pemakanan ibu itu sendiri.

Langkah yang boleh diambil untuk melegakan bayi atau anak-anak daripada sembelit ialah dengan menggalakkan anak-anak lebih banyak bergerak, misalnya kita boleh membaringkannya lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit.

Perlahan-lahan urutkan perut anak dengan pergerakan bualatan selama beberapa minit. Selain itu, kita boleh tambahkan serat dalam dietnya juga.

Contohnya, memberikannya jus buah-buahan, meningkatkan pengambilan bran, bijirin, buah-buahan segar seperti prun, pisang, aprikot dan sayuran.

Pastikan anak kita diberikan cecair yang cukup. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan terutama epal, pir atau prun di antara penyusuan apabila cuaca panas.

Jika anak mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka kita mesti dapatkan nasihat doktor atau pakar kanak-kanak.

Selain cara-cara di atas, saya ingin kongsikan supplement bagi membantu ibu bapa mengatasi masalah sembelit anak-anak. Kegembiraan dan keceriaan anak-anak membuatkan ibu dan bapa sangat tenang. Ibu bapa sentiasa berikhtiar  dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak mereka.

Ketika ini, kita sering mendengar kanak-kanak mudah demam, batuk, selsema dan sembelit. Ini disebabkan faktor persekitaran yang tercemar dengan pembangunan industri yang tidak terancang hingga menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Ia turut menyebabkan mereka yang mempunyai antibodi yang lemah akan kerap tidak sihat, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, saya syorkan Meal Shakes daripada Shaklee. Ia merupakan minuman segera yang rendah lemak dan rendah glisemik. Shaklee telah keluarkan minuman produk berbentuk minuman protin untuk menguatkan antibodi sebagai pelindung dari serangan virus yang berbahaya ketika ini. Antara kelebihan Meal Shakes ialah:-

1) Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protin, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
2) Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
3) Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
4) Mengatasi masalah ekzema dikalangan kanak-kanak dan juga dewasa
5) Meningkatkan selera makan kanak-kanak

Jika anak kerap demam, lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa pilihan terbaik buat mereka yang tidak dapat menelan supplement jenis tablet Menangani masalah sembelit dikalangan kanak-kanak Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak, sesuai untuk kanak-kanak satu tahun ke atas, dan seisi keluarga.

Bagi anak-anak yang kurang selera makan, di sini saya sertakan sedikit tips untuk dikongsi bersama:


Makan bersama-sama. anak-anak akan mencontohi ibu bapa.

Jangan memaksa anak makan. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak akan terus membenci dan merasakan ianya satu penyeksaan.

Offer anak-anak makan semasa mereka lapar dan tenang. Jangan tunggu terlalu lapar.
Cipta suasana waktu makan yang menggembirakan.

Untuk mencuba makanan baru, campurkan dengan makanan kesukaan anak-anak.
Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. Buat corak, hiaskan dengan comel mengikut kreativiti.

Elakkan makanan snek dan makanan ringan, terutama sebelum tiba waktu makan. MSG dalam makanan ringan akan hilangkan selera anak terhadap masakan yang bebas MSG.

Elakkan juga makanan tenusu ketika hampir tiba waktu makan, bagi mengelakkan anak kekenyangan ketika waktu makan.

Galakkan anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. Contohnya, bawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk. Kalau ada anak yang besar sikit, boleh tolong potong-potong.

Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
Sekali sekala ajak anak makan dengan rakan sebaya atau saudara sebaya kerana anak sukakan suasana makan beramai-ramai.

Biarkan anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
Tanya pendapat anak tentang menu yang diingini.

No comments:

Post a Comment