PRODUK SHAKLEE

Saturday 28 June 2014

ASTHMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

APA ITU ASTHMA?
 
Asthma adalah suatu keadaan yang melibatkan keradangan kepada salur pernafasan. Di mana, salur pernafasan menjadi mengecil & sempit sehingga menyebabkan oksigen yang disedut sewaktu bernafas tidak sampai 100% ke paru-paru.

APAKAH PENYEBAB ASTHMA?

1. Keturunan.
2. Alergik terhadap sesuatu seperti habuk, debunga, sesuatu makanan seperti makanan laut dan sebagainya.

BILAKAH SERANGAN ASTHMA BOLEH BERLAKU?

1. Pada waktu malam terutamanya apabila cuaca menjadi sejuk/terlalu sejuk.
2. Pesakit berhadapan dengan unsur-unsur yang menyebabkan reaksi alergik terjadi.
3. Ketika sedang bermain.
4. Ketika sedang ketawa dengan berlebihan.
5. Ketika sedang batuk, selsema, demam atau diserang penyakit lain.
6. Pada musim jerebu ataupun hujan.

APAKAH TANDA-TANDA SERANGAN ASTHMA?

1. Tercungap-cungap ketika bernafas dan disertai batuk.
2. Sesak dada/nafas.
3. Batuk berterusan yang berbunyi seperti berkahak tetapi tidak berkahak.
4. Bunyi seperti 'siulan' (wheezing) ketika bernafas.
5. Muka & hujung jari bertukar menjadi kebiruan akibat kekurangan oksigen. (Simptom ini menunjukkan tahap serangan yg kritikal).

Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak yg diserang batuk serta tercungap-cungap adalah disebabkan oleh asthma.

APA YG PERLU IBU BAPA LAKUKAN?

Sekiranya anak-anak anda sering menunjukkan tanda-tanda yg telah disebutkan, anda PERLU mengambil tindakan berikut:

1. Bawa anak anda untuk diagnosis yg terperinci dengan doktor. Ini bagi memastikan anak anda mendapat ubat & rawatan yang betul bagi penyakitnya.

2. Jika anak anda disahkan menghidap asthma, pastikan mereka tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mendatangkan serangan asthma kepada mereka.

3. Pastikan anda bersedia setiap kali musim jerebu ataupun hujan menjelang. Serangan akibat cuaca memerlukan penjagaan yang rapi.

4. Sentiasa membawa inhaler ke mana sahaja anda membawa anak anda. Pastikan guru taska/tadika/sekolah mahupun penjaga mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan inhaler tersebut sekiranya serangan terjadi.

5. Galakkan anak-anak anda bermain serta aktif dalam pelbagai aktiviti sukan di sekolah. Gaya hidup aktif sangat-sangat membantu dalam meningkatkan daya tahan mereka dan sekaligus mengurangkan risiko serangan asthma yang teruk.

6. Berilah supplement yg kaya dengan anti-oksidant, Omega 3 serta membantu meningkatkan sistem imun badan anak-anak anda seperti Vitamin C, Mealshakes Shaklee serta Omega Guard Shaklee. Ia terbukti membantu menguatkan paru-paru, meningkatkan antibodi serta mengurangkan risiko serangan asthma.

Berminat? Ingin keterangan lebih lanjut?

Hubungi :

Liza (SID : 925025) : 017-9741139


Friday 27 June 2014

KANSER PROSTAT...JOM CEGAH!!!

Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula.

Menurut Institut Kanser Kenbagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.

Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh. Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaimana juga manusia.

Atas alasan inilah,pembesaran kelenjar prostat kadang-kadang boleh menjadi sangat merbahaya.Contoh pembesaran yang tidak merbahaya seperti Benign Prostatic Hyperplasia (BPH),ianya bukanlah tergolong sebagai kanser dan biasanya tidak membahayakan jiwa.Ianya boleh dibuang dan biasanya tidak akan tumbuh kembali.Walaubagaimanapun,bagi kanser prostat,sel-sel kanser tersebut boleh menjadi ancaman apabila dibuang,ianya boleh tumbuh kembali dan akan membentuk pula kanser yang lain.

Sel-sel pada kanser prostat boleh merebak ke bahagian lain dari tubuh dan menyebabkan kanser. Sebagai contoh, kanser sel-sel di dalam kelenjar prostat boleh bocor keluar dan menyebabkan kanser dalam usus besar. Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser prostat biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.

Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser prostat:

1) Sejarah keluarga: Risiko anda lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.

2) Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit putih atau Hispanik / Latino. Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.

3) Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat.

Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser prostat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui.

Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2. Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.

Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser prostat tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.

Para penyelidik juga mempelajari bagaimana kanser prostat boleh dicegah. Misalnya, mereka sedang mengkaji kemungkinan manfaat ubat-ubatan tertentu, vitamin E, selenium, teh hijau ekstrak, dan zat yang lain.Kajian ini dilakukan bersama individu lelaki yang belum mempunyai penyakit ini.

Selain itu, SHAKLEE tampil dengan alternatif bagi mencegah kanser ini dari awal kepada kaum lelaki. Dengan gabungan OMEGA GUARD, VITAMIN-E & ZINK COMPLEX (Gambar), adalah ramuan mujarab untuk pencegahan awal kaum lelaki daripada kanser yang mengerunkan ini.

Untuk keterangan lanjut?
Boleh hubungi...
Liza (SID:925025) : 017-9741139