PRODUK SHAKLEE

Monday, 4 August 2014

Migraine jangan pandang remeh...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Lama tak menulis..ya raya kan..lps raya badan ni cam lemau jer hihi..
mau tak nya..jammed balik kg teruk giler..
Stress dan migraine jadinya..

Ok Pg ni sy nak cerita mengenai migraine lah..Migraine ni tak boleh di biar tau, sebab ianya boleh membawa kepada masalah yg lg serius spt tumor otak atau lain2 penyakit berbahaya lain..

Mari sama-sama baca apa sebenarnya migraine itu?



Apa itu MIGRAINE?

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

a) Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

b) Common Migraine

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Apakah punca MIGRAINE?

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine :


1. Mengawal pemakanan harian
2. Mengurangkan stress dengan bersenam
3. Mengamalkan cara hidup teratur
4. Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
5. Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
6. Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?

Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



Jika anda tidak mahu masalah migraine menghantui anda lagi lebih baik anda membuat tindakan yang bijak hari ini dengan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement serta mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat daripada sebelum ini.

MACAM MANA NAK ORDER SHAKLEE?
Senang sahaja sila klik SINI untuk pembelian secara online. Sila pastikan anda mempunyai debit card atau credit card untuk meneruskan proses pembelian.

ATAU anda boleh sahaja menghubungi saya :-
Nama: Hasliza Ali 
Fb Page : Vita Health Shop
Whatsapp/Sms/Call : 017-9741139


Dapatkan free konsultasi sepanjang pengambilan vitamin shaklee daripada saya.
Sekian Terima kasih 
Assalamualaiku, semoga berjumpe lagi di lain entry..


Sunday, 20 July 2014

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN/SUPLEMEN?



1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.

Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Saya akui vitamin memang mahal, terutama vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik. Maklum sajalah proses untuk menghasilkan vitamin dari sumber makanan ke bentuk pil/kapsul melalui proses semulajadi yang cuba mengekalkan kualiti makanan tersebut, dengan suhu yang sesuai, sumber yang asli dan sebagainya tentu lebih mahal berbanding vitamin sintetik yang boleh dicipta di makmal sahaja. kalau nak yang murah, ada berlambak dijual di kedai. Tapi anda perlu berhati-hati kerana vitamin sintetik akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh dalam jangka masa panjang.

Jadi apa pilihan yang kita ada:
vitamin semulajadi yang bagus tetapi mahal atau vitamin sintetik yang murah tapi memudaratkan?

Saya dan keluarga memilih vitamin daripada Shaklee, hampir 2 tahun menggunakan vitamin shaklee ini dan Alhamdulillah ianya memberi kesan yang positif untuk saya dan keluarga.

Anda nak mencuba boleh hubungi saya untuk konsultasi dan sebarang pertanyaan tentang produk2 shaklee.

Hasliza Ali
No.Tel : 017-9741139
Fb : Hasliza Ali
Fb Page : https://www.facebook.com/Vitahealthshop

Tuesday, 15 July 2014

Tampil penuh berkeyakinan dengan set kecantikan kulit shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Saya nak share sedikit pengalaman dilanda jerawat yg teruk dan muka yg sangat2 mengerikan.
Tak sanggup nak cerita, bayangkan jerawat kejap tumbuh kat dahi, pastu kat dagu, tak sempat hilang dah naik lagi kat pipi plak ..aiisshh..geram jer rasa nak picit2 jer tapi pedih sebab dah bernanah dah (JERAWAT MASAK YG DAH NAK MELETOP TU)
Sampai ada kawan ofis tegur la,

" liza jerawat ko dah masak tu..picit la.."

sabar jer.. dalam hati ni Allah jer yg tahu.
Itu kat ofis..Kalau kuar jalan2 g shopping mall lg stress..
Mau tak stress promoter set keantikan kulit asyik nak bg templet je..dari jauh lg dah aim aku..
kalau korang geram dan sakit hati tak???
Down giler rasa time tu..pergi ofis wat keje pun tak senang..pendek kata keyakinan diri pun kurang..
Sedih tak? Rasa Geram Tak ? Rasa Malu Tak?
Pastu malam2 kat rumah kerjanya ambil cermin n tisu tuk misi picit jerwat smpai berair mata2 aku..arhh..



Macam mana cara saya atasi masalah saya tu?


Saya ambil keputusan stop pakai semua produk skincare yg sy guna sebelum nie..
Alhamdulillah kurang sedikit..Tapi masih bnyk jerawat dan parut jerawat yg silih berganti..
Sehingga lah saya mengenali shaklee..
Saat saya mula2 jatuh cinta dengan produk shaklee..bukan kerana sy mencari produk kecantikan kulit..Tapi kerana anak sy yg mempunyai masalah kurang selera makan. 
So saya try mealshake shaklee untuk anak saya, Alhamdulillah feedback yg sangat2 baik..
Lepas tu sy sendiri cuba untuk diri sendiri..
Saya cuba Energising soy protien (ESP), lepas tu Vitamin E dan Vitamin C.



Jom kita baca kebaikan vitamin2 shaklee untuk kulit.


Vitamin C
  • Sebagai antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada pengaruh yang negatif faktor luar seperti pencemaran udara, cahaya matahari(sinaran Uv), cuaca, asap rokok dll.
  • Membantu merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolegen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelunturan, kehalusan kulit ( anti aging & anti wrinkle)

Vitamin E
  • Bersifat anti penuaaan yang mampu mengurangkan garis2 halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut( yg ni kena rajin & konsisten, saya tiap2 malam sapu kat tmpt parut tu)

B Complex

  • Membantu dlm menukarkan karbohidrat kpd glukos ntuk penghasilan tenaga kpd tubuh badan.
  • Membantu dalam menukarkan lemak kpd protein ( ini membantu nervous sistem berfungsi dgn normal)
  • Viatmin B juga penting untuk pembetukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yg licin dan kelihatan muda serta melambatkan  rambut beruban.
  • Membantu untuk kecantikan kulit, rambut mata dan kekuatan kuku...

Energising Soy Protein

  • Esp diperbuat daripada non-GMO (genitically modified organism ) soya yg lengkap dengan 9 asid amino penting yg tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  • Sel kita diperbuat daripada protien dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

Nota: ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.


Taraa...ini picture sebelum dan selepas saya mnggunakan shaklee..korang rasa cam mana?
saya rasa korang wajib cuba.. In Sha Allah boleh membantu..



Jom kita layan lain2 testimoni 





Ok..korang kalau rasa2 ada maslah kulit kusam, tona tak sekata, jerawat, jeragat dan jerwat masak cam saya cerita tadi..boleh order ya..


Cara nak order cam mana? 


Senang jer klik jer Sini boleh trs order online. Sila pastikan anda mempunyai credit/debit card semasa membuat proses pembelian.

ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA:
HASLIZA ALI 
FB PAGE: www.facebook.com/Vitahealthshop LIKE & PM INBOX 
SMS/WHATSAPP : 017-9741139



Thursday, 3 July 2014

Tips Atasi Masalah Sembelit Anak

Bayi yang baru dilahirkan kerap membuang air besar. Adalah normal sekiranya bayi yang berumur antara 0-6 bulan membuang air besar lebih dari lima kali sehari. Kita sebagai ibu bapa, tidak perlulah bimbang.

Semakin meningkat umur anak-anak, seringkali berlaku masalah sembelit. Kebiasaannya berlaku apabila anak tersebut diberikan susu formula dan juga telah mula diperkenalkan dengan solid food ketika berusia 6 bulan ke atas.

Anak-anak yang diberikan susu ibu jarang mengalami masalah sembelit. Sekiranya anak yang hanya diberikan susu ibu itu sembelit, kemungkinan disebabkan oleh pemakanan ibu itu sendiri.

Langkah yang boleh diambil untuk melegakan bayi atau anak-anak daripada sembelit ialah dengan menggalakkan anak-anak lebih banyak bergerak, misalnya kita boleh membaringkannya lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit.

Perlahan-lahan urutkan perut anak dengan pergerakan bualatan selama beberapa minit. Selain itu, kita boleh tambahkan serat dalam dietnya juga.

Contohnya, memberikannya jus buah-buahan, meningkatkan pengambilan bran, bijirin, buah-buahan segar seperti prun, pisang, aprikot dan sayuran.

Pastikan anak kita diberikan cecair yang cukup. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan terutama epal, pir atau prun di antara penyusuan apabila cuaca panas.

Jika anak mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka kita mesti dapatkan nasihat doktor atau pakar kanak-kanak.

Selain cara-cara di atas, saya ingin kongsikan supplement bagi membantu ibu bapa mengatasi masalah sembelit anak-anak. Kegembiraan dan keceriaan anak-anak membuatkan ibu dan bapa sangat tenang. Ibu bapa sentiasa berikhtiar  dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak mereka.

Ketika ini, kita sering mendengar kanak-kanak mudah demam, batuk, selsema dan sembelit. Ini disebabkan faktor persekitaran yang tercemar dengan pembangunan industri yang tidak terancang hingga menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Ia turut menyebabkan mereka yang mempunyai antibodi yang lemah akan kerap tidak sihat, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, saya syorkan Meal Shakes daripada Shaklee. Ia merupakan minuman segera yang rendah lemak dan rendah glisemik. Shaklee telah keluarkan minuman produk berbentuk minuman protin untuk menguatkan antibodi sebagai pelindung dari serangan virus yang berbahaya ketika ini. Antara kelebihan Meal Shakes ialah:-

1) Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protin, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
2) Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
3) Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
4) Mengatasi masalah ekzema dikalangan kanak-kanak dan juga dewasa
5) Meningkatkan selera makan kanak-kanak

Jika anak kerap demam, lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa pilihan terbaik buat mereka yang tidak dapat menelan supplement jenis tablet Menangani masalah sembelit dikalangan kanak-kanak Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak, sesuai untuk kanak-kanak satu tahun ke atas, dan seisi keluarga.

Bagi anak-anak yang kurang selera makan, di sini saya sertakan sedikit tips untuk dikongsi bersama:


Makan bersama-sama. anak-anak akan mencontohi ibu bapa.

Jangan memaksa anak makan. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak akan terus membenci dan merasakan ianya satu penyeksaan.

Offer anak-anak makan semasa mereka lapar dan tenang. Jangan tunggu terlalu lapar.
Cipta suasana waktu makan yang menggembirakan.

Untuk mencuba makanan baru, campurkan dengan makanan kesukaan anak-anak.
Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. Buat corak, hiaskan dengan comel mengikut kreativiti.

Elakkan makanan snek dan makanan ringan, terutama sebelum tiba waktu makan. MSG dalam makanan ringan akan hilangkan selera anak terhadap masakan yang bebas MSG.

Elakkan juga makanan tenusu ketika hampir tiba waktu makan, bagi mengelakkan anak kekenyangan ketika waktu makan.

Galakkan anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. Contohnya, bawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk. Kalau ada anak yang besar sikit, boleh tolong potong-potong.

Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
Sekali sekala ajak anak makan dengan rakan sebaya atau saudara sebaya kerana anak sukakan suasana makan beramai-ramai.

Biarkan anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
Tanya pendapat anak tentang menu yang diingini.

Saturday, 28 June 2014

ASTHMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

APA ITU ASTHMA?
 
Asthma adalah suatu keadaan yang melibatkan keradangan kepada salur pernafasan. Di mana, salur pernafasan menjadi mengecil & sempit sehingga menyebabkan oksigen yang disedut sewaktu bernafas tidak sampai 100% ke paru-paru.

APAKAH PENYEBAB ASTHMA?

1. Keturunan.
2. Alergik terhadap sesuatu seperti habuk, debunga, sesuatu makanan seperti makanan laut dan sebagainya.

BILAKAH SERANGAN ASTHMA BOLEH BERLAKU?

1. Pada waktu malam terutamanya apabila cuaca menjadi sejuk/terlalu sejuk.
2. Pesakit berhadapan dengan unsur-unsur yang menyebabkan reaksi alergik terjadi.
3. Ketika sedang bermain.
4. Ketika sedang ketawa dengan berlebihan.
5. Ketika sedang batuk, selsema, demam atau diserang penyakit lain.
6. Pada musim jerebu ataupun hujan.

APAKAH TANDA-TANDA SERANGAN ASTHMA?

1. Tercungap-cungap ketika bernafas dan disertai batuk.
2. Sesak dada/nafas.
3. Batuk berterusan yang berbunyi seperti berkahak tetapi tidak berkahak.
4. Bunyi seperti 'siulan' (wheezing) ketika bernafas.
5. Muka & hujung jari bertukar menjadi kebiruan akibat kekurangan oksigen. (Simptom ini menunjukkan tahap serangan yg kritikal).

Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak yg diserang batuk serta tercungap-cungap adalah disebabkan oleh asthma.

APA YG PERLU IBU BAPA LAKUKAN?

Sekiranya anak-anak anda sering menunjukkan tanda-tanda yg telah disebutkan, anda PERLU mengambil tindakan berikut:

1. Bawa anak anda untuk diagnosis yg terperinci dengan doktor. Ini bagi memastikan anak anda mendapat ubat & rawatan yang betul bagi penyakitnya.

2. Jika anak anda disahkan menghidap asthma, pastikan mereka tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mendatangkan serangan asthma kepada mereka.

3. Pastikan anda bersedia setiap kali musim jerebu ataupun hujan menjelang. Serangan akibat cuaca memerlukan penjagaan yang rapi.

4. Sentiasa membawa inhaler ke mana sahaja anda membawa anak anda. Pastikan guru taska/tadika/sekolah mahupun penjaga mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan inhaler tersebut sekiranya serangan terjadi.

5. Galakkan anak-anak anda bermain serta aktif dalam pelbagai aktiviti sukan di sekolah. Gaya hidup aktif sangat-sangat membantu dalam meningkatkan daya tahan mereka dan sekaligus mengurangkan risiko serangan asthma yang teruk.

6. Berilah supplement yg kaya dengan anti-oksidant, Omega 3 serta membantu meningkatkan sistem imun badan anak-anak anda seperti Vitamin C, Mealshakes Shaklee serta Omega Guard Shaklee. Ia terbukti membantu menguatkan paru-paru, meningkatkan antibodi serta mengurangkan risiko serangan asthma.

Berminat? Ingin keterangan lebih lanjut?

Hubungi :

Liza (SID : 925025) : 017-9741139